Wednesday 10 January 2018

Apa itu insurans first party, third party? Second party? WHAT?

PERTAMA SEKALI ANDA PERLU TAHU 

Jenis-jenis Perlindungan Kenderaan

Jenis perlindungan insuran kenderaan ada 3 jenis dan setiap jenis berbeza antara satu sama lain. Ada di antara kita yang masih keliru tentang jenis-jenis insuran ini. Pihak takaful dan insurans menawarkan tiga pilihan kepada anda untuk melindungi kereta anda. Tiga jenis takaful/insuran tersebut ialah:

Perlindungan Komprehensif/first party insurance
Perlindungan pihak ketiga, kebakaran & kecurian/third party, fire & theft
Perlindungan pihak ketiga/third party insurance

Maksud THIRD PARTY = KERETA YANG TERLIBAT BERSAMA-SAMA SEWAKTU BERLAKU EKSIDEN ATAU SESIAPA YANG KENA LANGGAR DENGAN OWNER KERETA.

Perlindungan Komprehensif, ianya memberikan perlindungan yang menyeluruh seperti berikut:-

Kenderaan sendiri
Ianya melindungi kenderaan sendiri daripada kerosakan akibat kemalangan atau kecurian. Apabila kita membuat tuntutan kerosakan ke atas kenderaan sendiri maka kita akan kehilangan NCD.

Kenderaan pihak ke tiga
Ini bermaksud pihak ketiga akan membuat tututan ke atas pihak insuran/syarikat takaful kita sekiranya kemalangan tersebut disebabkan oleh kesalahan kita. Apabila pihak ke tiga membuat tuntutan ke atas polisi kita maka kita juga akan kehilangan NCD.

Harta benda pihak ketiga
Perlindungan komprehensif juga melindungi harta benda pihak ketiga akibat kesalahan kita. Misalnya kereta kita terbabas dan melanggar rumah orang, maka pihak tuan rumah boleh menuntut kerugian daripada syarikat insuran/takaful kita.

Perlindungan Pihak ketiga (Third Party)

Perlindungan pihak ketiga bermaksud polisi insuran/takaful kita hanya melindungi kenderaan/harta benda pihak ketiga SAHAJA. Ini bermakna tiada perlindungan ke atas kenderaan sendiri. Kecuali mereka yang melanggar anda, anda boleh claim insurans mereka.

Sekiranya kenderaan kita rosak akibat kemalangan (kecuaian sendiri) atau kenderaan kita dicuri, maka kita tidak boleh membuat tuntutan ke atas pihak insuran/takaful. INGAT HANYA ORANG DILANGGAR OLEH KITA (THIRD PARTY) SAHAJA BOLEH CLAIM INSURANS kita walaupun kita yang bayar insurans. Memang tujuan sesetengah orang renew third party untuk lindungi orang lain bukan diri sendiri.

Perlindungan Pihak ketiga dan Kecurian (Third Party Fire and Theft)

Jenis perlindungan yang ketiga pula ialah Perlindungan pihak ketiga dan kecurian. Ianya bermaksud hanya melindungi kenderaan/harta benda pihak ketiga SAHAJA dan juga melindungi kenderaan sendiri akibat kecurian dan kebakaran.

Kesimpulan

Setelah kita memahami tentang jenis-jenis perlindungan kenderaan, maka kita mesti membuat pilihan jenis yang manakah yang paling sesuai dengan kenderaan kita.

Saya secara peribadinya menasihatkan supaya anda selalu mengambil jenis prlindungan yang komprehensif kerana ianya memberikan perlindungan yang menyeluruh.

Tambahan lagi sekiranya kenderaan anda masih mempunyai baki pembiayaan/finance, maka adalah menjadi risiko yang besar sekiranya anda mengambil jenis perlindungan Pihak Ketiga.

Ini kerana sekiranya kenderaan anda kecurian, maka pihak insurans/takaful anda tidak akan memberi gantirugi dan dalam masa yang sama anda terpaksa pula menjelaskan pembiayaan kenderaan anda itu.


Selain itu, sekiranya anda tidak mengambil jenis perlindungan komprehensif maka sekiranya kenderaan anda rosak akibat kemalangan, maka anda terpaksa menanggung sendiri kos pembaikan yang sememangnya agak mahal.

Jadi dari artikel juga difahami , tiadalah istilah Second party or whatsoever... Hanyalah yang tertera diatas sahaja. Moga dapat memberi manfaat. Terima kasih.

1 comment:

Harga2 roadtax kereta

Harga roadtax di Semenanjung Malaysia. Apa itu roadtax- road- jalan                            tax-cukai,                            ...