Monday 1 January 2018

Liberilisasi insurans dan takaful kereta!!! Apa yg perlu anda tahu

Bermula pada 1 Julai 2017, Bank Negara Malaysia (BNM) akan melaksanakan langkah liberalisasi
tarif insurans motor dengan memperkenalkan penetapan harga fleksibel untuk produk insurans
kenderaan komprehensif, insurans kebakaran dan kecurian kenderaan.
Walau bagaimanapun, premium bagi produk motor pihak ketiga akan terus tertakluk kepada kadar tarif. Langkah ini susulan kepada pelaksanaan fasa pertama liberalisasi tarif motor dan kebakaran yang diperkenalkan pada 1 Julai 2016 apabila syarikat insurans dan pengendali Takaful diberi fleksibiliti untuk menawarkan produk baharu dan perlindungan tambahan kenderaan yang tidak disenaraikan dalam tarif ketika itu.
Pada 1 Julai 2017, kadar premium bagi produk insurans motor komprehensif, produk kebakaran dan kecurian motor pihak ketiga akan ditentukan oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful. Bagi membantu pengguna, berikut adalah soalan lazim tentang liberalisasi insurans motor ini:

Maksud liberalisasi

Liberalisasi insurans motor bermaksud harga produk insurans motor tidak akan lagi ditentukan berdasarkan Tarif Motor (senarai harga yang telah ditetapkan). Harga produk insurans motor akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful. Pengguna kini boleh menikmati pilihan produk insurans motor yang lebih luas pada harga yang kompetitif memandangkan liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan antara penanggung insurans dengan pengendali takaful.

No comments:

Post a Comment

Harga2 roadtax kereta

Harga roadtax di Semenanjung Malaysia. Apa itu roadtax- road- jalan                            tax-cukai,                            ...