Monday 1 January 2018

BAYAR SAMAN RM20 SEBELUM 28 FEBUARI 2018

Selepas memberi diskaun saman trafik sejak tiga tahun lalu yang memberikan manfaat buat lebih 3.2 juta pesalah trafik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan ia bakal tamat pada 28 Februari hadapan.
Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan, tawaran itu bermula 15 Disember ini hingga 28 Februari tahun depan, membabitkan jumlah tertunggak sebanyak RM10 juta, laporan Bernama.
“Melalui diskaun ini, pesalah lalu lintas hanya perlu menjelaskan kompaun mereka dengan bayaran RM20 untuk motosikal, RM30 (kereta) dan RM50 untuk bas serta lain-lain kenderaan bagi setiap notis yang dikeluarkan. Bagaimanapun, tawaran kadar khas ini tertakluk kepada kesalahan lalu lintas saja dan tidak termasuk kes yang dibawa ke mahkamah serta kes disenarai hitam,” katanya.
Katanya lagi, selepas tarikh akhir 28 Februari 2018, pesalah trafik tidak boleh lagi menikmati kadar diskaun itu.
“Jadi, saya nasihatkan mereka supaya gunakan peluang yang ada selama lebih dua bulan ini untuk mendapatkan diskaun, di mana-mana saja kaunter bayaran DBKL di kawasan masing-masing. Kami menjangkakan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah kompaun ini dapat diselesaikan dalam tempoh pemberian diskaun ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Harga2 roadtax kereta

Harga roadtax di Semenanjung Malaysia. Apa itu roadtax- road- jalan                            tax-cukai,                            ...