Thursday 11 January 2018

PERLINDUNGAN dalam insurans kenderaan takaful Malaysia

TAKAFUL MALAYSIA menyediakan perlindungan kepada kenderaan anda daripada kerugian atau kerosakan dan juga liabiliti pihak ketiga.
Terdapat 2 pilihan jenis perlindungan:
  • Perlindungan Komprehensif 
    Manfaat akan dibayar untuk kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan sendiri disebabkan oleh kemalangan, kecurian atau kebakaran. Tambahan, pelan ini menyediakan perlindungan kemalangan peribadi percuma bernilai RM15,000 bagi setiap pemandu dan penumpang sekiranya kematian tidak sengaja atau keilatan kekal ketika dalam perjalanan atau sedang turun daripada kenderaan. .
  • Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian 
    Manfaat akan dibayar jika kematian, atau kecederaan badan terhadap liabiliti kepada pihak ketiga, dan kerosakan kepada kenderaan atau harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan anda. Perlindungan ini terhad kepada sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, letupan, kilat, pecah rumah, pencurian atau kecurian.

Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda boleh memilih perlindungan tambahan seperti berikut:
  • Kerosakan cermin hadapan
  • Perlindungan liabiliti penumpang
  • Peril khas seperti banjir, ribut angin, taufan, tanah runtuh, dll
  • Mogok, rusuhan dan kekacauan umum
  • dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment

Harga2 roadtax kereta

Harga roadtax di Semenanjung Malaysia. Apa itu roadtax- road- jalan                            tax-cukai,                            ...